CertiK Dijemput Menyertai Kumpulan Kerja Jenayah Siber INTERPOL untuk Membentangkan Prosedur Pengesanan Dana Cross-Chain dan Pembekuan Aset

News originally published by

GlobeNewswire

HANOI, Vietnam, Nov. 27, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- CertiK, penyedia perkhidmatan keselamatan Web3 terbesar di dunia, telah dijemput untuk menghadiri 3rd INTERPOL's Asia and South Pacific (ASP) Working Group Meeting on Cybercrime / Crypto Investigation Workshop dan menyampaikan latihan penyiasatan blockchain yang merangkumi pengesanan dana cross-chain serta prosedur pembekuan aset. Latihan tersebut membantu pegawai memahami cara dana yang dicuri dipindahkan serta cara bukti yang diperoleh melalui penyiasatan boleh digunakan untuk mengemukakan permohonan pembekuan dana. Dianjurkan oleh INTERPOL's Cybercrime Directorate (ASP Cybercrime Operations Desk) dan Vietnam's Ministry of Public Security, mesyuarat tersebut berlangsung di Hanoi dari 27 hingga 30 Oktober dan menghimpunkan pegawai kanan penguatkuasaan undang-undang dari 20 negara. CertiK, Tether dan Upbit merupakan antara rakan sektor swasta yang turut serta.

Bagi pegawai penyiasat penguatkuasaan undang-undang, tindakan menangani kes kecurian aset melibatkan dua langkah utama. Pertama, penyiasat perlu menjejaki transaksi pertukaran token, jambatan cross-chain dan dompet perantara untuk memetakan aliran dana yang kompleks serta mengenal pasti transaksi yang boleh mengelirukan dan menjejaskan siasatan. Kedua, selepas dana berjaya dikesan, mereka perlu segera menghubungi bursa berkenaan, mengemukakan permohonan rasmi yang sewajarnya kepada bursa melalui saluran penguatkuasaan undang-undang serta menyelaraskan tindakan dengan pihak berkuasa dalam bidang kuasa lain bagi menyokong tindakan lanjut.

Pakar CertiK membimbing pegawai yang mengambil bahagian melalui latihan berasaskan satu kes sebenar yang melibatkan kompromi dompet digital. Dalam latihan tersebut, pegawai menggunakan alat penjelajah blockchain sumber terbuka dan CertiK Compliance untuk menjejaki aliran dana merentas pelbagai blockchain, termasuk melalui transaksi pertukaran token dan dompet perantara, sehingga ke tiga alamat deposit di sebuah bursa. Latihan tersebut turut merangkumi pengenalpastian alamat umpan yang digunakan dalam teknik address poisoning untuk mengelirukan penyiasat. Pakar CertiK turut menerangkan cara menghubungi pihak bursa, menggunakan portal khusus untuk agensi penguatkuasaan undang-undang serta mengemukakan permohonan rasmi bagi mendapatkan pembekuan dana di bursa berkenaan.

Selain meneliti aliran dana, latihan tersebut turut mengupas cara serangan dilakukan dan maklumat yang boleh diperoleh daripada rekod on-chain. Pakar CertiK meneliti aktiviti dompet sebelum dan selepas transaksi yang mencurigakan berlaku serta menjelaskan bagaimana kelemahan kontrak pintar dan penemuan audit boleh membantu siasatan. Sesi tersebut turut membincangkan kunci tandatangan yang telah dikompromi, pancingan data dan kejuruteraan sosial, sekali gus membantu pegawai membezakan pelbagai mekanisme serangan serta mengenal pasti kesimpulan yang memerlukan pengesahan lanjut berdasarkan bukti lain.

Latihan tersebut turut merangkumi cara penyiasat boleh memanfaatkan trend serangan dan maklumat berkaitan risiko projek untuk menyokong analisis kes. Dalam pembentangan bertajuk Global Blockchain Threat Landscape: 2026 Review & 2027 Outlook, Esme Pau, Ketua Pasaran Modal dan Dasar di CertiK, menyatakan bahawa kerugian berjumlah kira-kira AS$2.6 bilion telah direkodkan sepanjang tiga suku pertama 2026, sambil menekankan bahawa kunci yang telah dikompromi, serangan pancingan data bersasar dan serangan rantaian bekalan merupakan antara punca utama kerugian tersebut. Pau turut menjelaskan bagaimana penyiasat boleh menggunakan papan pemuka keselamatan awam CertiK untuk menilai corak serangan secara lebih menyeluruh, manakala Skynet boleh digunakan untuk meneliti petunjuk risiko di peringkat projek.

"Penyiasat memerlukan gambaran yang jelas tentang cara sesuatu serangan berlaku, di samping langkah praktikal untuk mengambil tindakan berdasarkan bukti yang diperoleh. Kerjasama antara pakar teknikal, bursa dan pihak penguatkuasaan undang-undang membantu menghubungkan dapatan penyiasatan dengan permohonan dan keputusan yang diperlukan untuk mengambil tindakan terhadap aset yang dicuri," kata Pau.


Hubungan media
Elisa Yiting Xu
yiting.xu@certik.com

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

World Tech News Turkmenistan

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.